LANGKAWI
– Tiada individu bergelar Tun yang tersenarai dalam siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini bagi
penyalahgunaan kuasa mahupun amalan rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya,
Datuk Dzulkifli Ahmad.
Katanya,
SPRM sentiasa mempertingkatkan siasatannya dan telah menahan beberapa
individu bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk namun belum ada kertas
siasatan dibuka terhadap mereka yang mendapat gelaran tertinggi kerajaan
itu.
“Kadang-kadang
(memang) ada aduan (diterima) tetapi kami tidak buka kertas siasatan.
Aduan itu tidak semestinya cukup bukti untuk (membolehkan kami) membuka
kertas siasatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan
ucaptama di Seminar Graduan Holistik 2017 di sini, semalam.
Dzulkifli
berkata, kenyataannya dalam ucapan itu bagi menggambarkan SPRM tidak
memilih dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk mengheret sesiapa
sahaja yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan.
“(Kenyataan
dalam ucaptama) itu cuma perumpamaan ataupun kata-kata sambil lalu
sahaja…bukan bermaksud kami ada siasatan terhadap mana-mana (individu
bergelar) Tun,” katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment