ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah
Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim hari ini membuat laporan polis
berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa
hakim syariah terlibat dalam gejala rasuah.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sebentar tadi.
Menurut Mahammad, laporan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan
Rafizi ketika Sidang Parlimen Rakyat pada 10 April yang mengatakan
bahawa rasuah dalam kalangan hakim Mahkamah Syariah lebih tinggi
berbanding Mahkamah Sivil.
"Rafizi juga telah menyebut bahawa orang yang gaji rendah diberi kuasa
besar sehingga boleh memenjara smpai 30 tahun sudah tentu kuasa itu jika
tidak diselia dengan baik, dia akan terbuka kepada salah guna," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Turut membuat laporan yang sama adalah Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Ideris.
Pada 10 April lalu, Rafizi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang
persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Beliau membangkitkan mengenai isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim
mahkamah Syariah.
Kata Rafizi, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.
No comments:
Post a Comment