Thursday, May 4, 2017

Kedudukan kerajaan Selangor tunggu Azmin balik


 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Penerimaan usul tahaluf syiasi, pemutusan hubungan politik Pas dengan PKR di muktamar Pas telah menimbulkan berbagai spekulasi. Semua ia memberi kesan negatif kepada Pakatan Harapan (PH), terutamanya mengenai kedudukan kerajaan Selangor yang secara relatifnya didokong oleh tiga buah parti PKR, DAP dan Pas campur dengan dua Adun Pas yang dianggap "khianat" dan menyertai Amanah.


Sejak usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan muktamar Pas ke 63 di Kedah, WhatsAap saya diterpai pelbagai pertanyaan dan juga maklumat. Setengah maklumat itu sudah beredar di media sosial sehinggakan memaksa pihak tertentu memberi penjelasan.

Azmin perlu diberi deadline.
Salah satu maklumat yang menerpa saya ialah kononnya akan berlaku kejutan, rombakan kerajaan Selangor dalam masa terdekat. Kononnya empat orang Adun dari PKR akan melompat meninggalkan parti tersebut bergabung dengan Umno campur Pas kemudian mewujudkan kerajaan baharu di Selangor.

Desas desus itu berlangsung ketika MB Selangor Mohamed Azmin Ali tiada dalam negeri kerana mengetuai delegasi ke luar negeri. Turut sama bersama beliau katanya ialah Adun Pas?

Saya hanya mengambil sikap mengignore sahaja segala maklumat itu. Mana-mana rakan yang berani bertanya saya, saya jawab rengkas mengatakan TIDAK. Iya, setakat saya tahu dan mengikut tilikan saya, kedudukan kerajaan Selangor tidak terjejas. Tidak ada keperluan untuk berlaku demikian. Tidak ada asakan untuk merosakkan kerajaan Selangor yang ketika ini mendapat keyakinan rakyat.

Ada mengatakan Abdul Khalid Ibrahim akan menjadi MB. Tidak munasabah kalau Khalid Ibrahim yang telah dibuang oleh PKR akan sekali lagi menghadap Sultan untuk angkat sumpah sebagai MB. Kononnya bekas MB itu akan menghadap Sultan dalam masa terdekat dan akan memaklumkan kedudukan Dun Selangor yang Azmin sudah tidak mendapat kepercayaan. Apa yang pernah dilakukan terhadapnya dahulu akan berpusing kepada Azmin. Kononnya.

Dan hari ini  Exco Selangor Elizabet Wong telah membuat penjelasan mengenai kedudukan kerajaan Selangor. Katanya dalam satu kenyataan, tidak akan berlaku Pirane -- pilihan raya negeri Selangor dalam masa terdekat.

Pegawai kerajaan juga beritahunya, berkhidmat dan bertugas seperti biasa. Spekulasi yang timbul dari usul di muktamar Pas itu tidak menganggu tugasan mereka.

Setidak-tidaknya penjelasan dari Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekutar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna itu boleh menyapu kebimbangan. Apa pun orang ramai menunggu kenyataan daripada Azmin Ali. Setakat ini Azmin masih belum membuka mulut membuat tembakan balas kepada kenyataan-kenyataan liar dan bersifat provokasi bertujuan menganggu ketenangan kerajaanya itu.

Sudah pasti setiba di tanah air nanti MB itu akan membuat kenyataan yang sudah pun dikarang di perantauan itu. Penjelasan Azmin nanti akan menamatkan segala spekulasi. Semestinya juga kenyataanya nanti sejalur dengan kenyataan bakal dibuat oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas.

Dalam pada itu presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail orang yang penuh berautoriti tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya melepas kata dengan menunggu pemuktamadan usul berkenaan yang akan diputuskan oleh MSU. MSU sebelum ini memberi jaminan akan membuat ketetapan mengenai usul itu dalam masa dua minggu. Bisa (hebat) juga MSU ini kerana ia juga menjadi panduan PKR?

Saya sependapat dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang mengatakan MSU tidak akan membuat apa-apa ketetapan berhubung usul berkenaan. Ia akan digantung sehingga pembubaran Parlimen. Maksudnya apabila tanpa ada ketetapan itu, ini bererti kedudukan kerajaan Selangor tidak terganggu. Provokasi yang dicetus dan dicipta oleh musuh kerajaan Selangor juga tutup buku.

Elok juga kalau MSU tidak tergesa-gesa membuat ketetapan itu. Kerajaan Selangor biarlah berjalan sehingga habis edahnya. Semua pihak kena bersabar, lagi pun edah tempoh Dun Selangor akan berakhir tidak sampai setahun lagi. Bagi saya kenapa muktamar Pas menyerahkan kepada MSU untuk memuktamadkannya ia adalah satu tektik dan strategi yang cenderong kepada usul itu untuk dijadikan idea bertarik tali oleh Pas?

Sementara menanti ia dimuktamadkan, masa senggang itu boleh digunakan oleh parti Pakatan Harapan untuk terus mencari iktiar bagi mendekati Pas (baca menyedarkan Pas dari pengsan). Manalah tahu takut-takut parti itu diberi taufik dan hidayah mereka akan sedar untuk kembali bersatu dengan Pakatan Harapan. Perlu disedari pemilihan jawatnkuasa kerja Pas dalam muktamar lalu sedikit sebanyak merubah senario dalam Pas dan mempengaruhi keputusan MSU itu.

Kekalahan beberapa orang yang dilihat pengikat serban dan penyusun selipar tegar Abdul Hadi Awang kalah dan tidak ada lagi dalam Jawatankuasa kerja parti itu. Secara umum jumlah jawatankuasa yang dilantik tidak berpihak kepada Presiden, atau pihak yang ingin berkolaborasi dengan Umno. Beberapa yang lain pula berseliheng di antara satu sama lain katanya sehingga tidak berjabat salam lagi?

Ertinya peluang masih terbuka untuk terus memujuk dan mengail Pas untuk kembali kepada oposisi. Semua pihak jangan mudah berputus asa. Untuk menuju ke arah itu molek kalau semua pihak, baik Amanah, PPBM dan DAP yang kecewa dengan sikap dan perubahan Pas mendiamkan diri. Buat sementara serahkan kepada PKR, dan cubalah cease fire buat seketika.

Manakala PKR perlu diberikan deadline untuk menyiapkan kerjanya bukan dilepas begitu sahaja. Hari ini secara tidak langsung orang melihat kerja-kerja menjinak Pas diserah atau dilakukan oleh Azmin Ali, Apakah misinya ke luar negeri sambil membawa Adun Pas itu sebahagian ikhtiar dan penawar untuk diberi makan kepada Pas?

Harap-harap Azmin balik (atau sudah balik) membawa idea dapat menuntaskan kedudukan hubungan PKR dengan Pas khususnya di Selangor kemudian memperkuatkan Pakatan Harapan

No comments: