Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan
memberi sebarang komen mengenai tahaluf siyasi partinya dengan PAS
selagi Majlis Syura Ulama parti itu tidak memuktamadkan sebarang
keputusan.
Mengulas pendirian PKR berhubung perkembangan Muktamar PAS Kali ke-63,
yang menerima usul putus hubungan dengan PKR tanpa bahas, beliau
berkata:
"Ia belum lagi diputuskan, PAS ada strukturnya. (Dan) Majlis Syura belum lagi putuskan.
"Kita mempunyai mesyuarat di antara kami. Kita melihat sama ada senario
politik yang paling baik sebab kita akan menghadapi pilihan raya akan
datang. Kena ambil kira semua pandangan," jelasnya di sidang media
Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Semalam, Muktamar PAS Pusat bersetuju menerima usul memutuskan tahaluf
siyasi dengan PKR, dengan alasan PKR telah beberapa kali mengkhianati
perjanjian kerjasama di antara dua parti berkenaan.
Ia berikutan kerjasama PKR dengan dua sekutu PAS iaitu Amanah dan DAP,
selain kegagalan parti itu menyatakan sokongan terhadap usaha
meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355 dan
kenyataan-kenyataan biadap yang menjejaskan hubungan dua parti
berkenaan.
Usul putus tahaluf siyasi PAS-PKR itu kini diangkat ke Jawatankuasa PAS
Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad kelak.
No comments:
Post a Comment