ANTARAPOS.C0M
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat remaja ditemukan selamat selepas sesat selama lebih 10 jam di Hutan Lipur Rimba Riang, Kota Damansara di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd.
Sani Harul berkata, kesemua remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu
mendaki hutan berkenaan pada pukul 7.30 pagi.
“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 12.58 tengah hari daripada
salah seorang mangsa memaklumkan mereka telah tersesat dan memerlukan
bantuan untuk keluar dari hutan tersebut.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi pencarian dimulakan pada pukul
1.15 petang dan semua mangsa ditemukan pada pukul 5.20 petang dalam
keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment