Thursday, March 2, 2017

“Saya keluar kerana tiada lagi ruang di MCA”

Ikhwan Zulkaflee

Bekas ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada beliau mengambil keputusan itu akibat kecewa dengan kepimpinan parti

KUALA LUMPUR: “Sebagai ahli biasa, apabila saya merasakan tiada lagi ruang untuk saya di dalam parti lebih baik saya keluar.”

Demikian kata bekas Presiden MCA Ong Tee Keat yang mengesahkan beliau telah meninggalkan MCA, parti yang disertainya sejak 30 tahun lalu.

Ong berkata, tindakan itu diambilnya memandangkan tiada lagi ruang untuknya di dalam parti tersebut
Ong merupakan presiden MCA antara Oktober 2008 hingga Mac 2010.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada beliau mengambil keputusan itu akibat kecewa dengan kepimpinan parti.

“Saya tidak mahu komen sama ada saya tidak puas hati dengan kepimpinan, tetapi sebagai ahli saya tahu keadaan parti,” katanya kepada Berita Daily.

Ong turut berkata beliau tidak akan kembali kepada MCA dan akan meninggalkan bidang politik.

No comments: