Thursday, March 2, 2017

Najib mahu KTM selesai masalah tiket online

Bernama

Perkara itu tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi serba canggih seperti hari ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan KTM Berhad supaya menyelesaikan isu membabitkan pembelian tiket secara online syarikat tersebut yang menimbulkan banyak masalah kepada pengguna.

Najib berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi serba canggih seperti hari ini.

“Saya terima banyak komen dan maklum balas ketidakpuasan hati pengguna dengan perkhidmatan KTM Berhad, salah satunya mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online yang seringkali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang-kadang tidak boleh diakses.

“Ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini. KTM, cari jalan penyelesaian segera,” kata Najib, di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau turut menggesa agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memantau perkara itu dengan teliti dan memberi laporan segera kepadanya.

No comments: