ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal
pasti individu yang terbabit dalam cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Iskandar, berhubung penganugerahan darjah kebesaran.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, maklumat itu diperolehi
hasil pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan
pegawai kanan SPRM dengan Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, maklumat itu berhubung individu yang terbabit berkaitan rasuah
untuk mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
"Dalam menjunjung titah baginda, SPRM akan memastikan siasatan yang
telus akan dijalankan berkenaan perkara ini dan tindakan yang sewajarnya
akan diambil berdasarkan undang-undang.
"SPRM amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta
komitmen berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah
rasuah serta salah guna kuasa di negara ini, amnya dan di Johor,
khususnya," katanya.
No comments:
Post a Comment