RACUN kimia VX yang dipercayai disapu di muka Kim Jong-nam menyebabkan maut dalam waktu yang singkat, tetapi dua wanita yang dikatakan menyapunya ke muka mangsa didapati tidak apa-apa.
Racun jenis ini dikira amat bahaya, bukan sekadar disapu di muka yang ada lubang hidung, mulut, mata dan lubang telinga yang memudahkannya cepat tiba ke jantung dan lain-lain organ badan sensitif menyebabkan orang mati cepat, kena bahagian mana-mana kulit saja jadi pembunuhnya serta mereta.
Kerana bahayanya kimia jenis itu, maka petugas-petugas yang membersihkan KLIA 2 dari racun itu terpaksa memakai sarung badan yang tidak boleh diterap racun itu.
Tetapi dua wanita upahan yang dibawa ke situ, sebelum diturunkan dari kenderaan tentulah telah dibekalkan racun itu. Jika ia dibekalkan dalam motokar, bagaimana orang yang sama-sama dalam motokar boleh kebal dengan risiko racun itu?
Jika ia disampaikan kepada mereka selepas turun dari kereta bagaimana mereka boleh selamat membawanya hingga dapat menyapunya ke muka Jong-nam?
Apakah mudah selamat dengan memakai sarung tangan?
Bagaimana mereka boleh membawanya ke situ tentu dapat dihuraikan oleh polis kerana kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan polis dan polis ada cara bagi mendapatkan maklumat itu.
Bagaimana mereka boleh selamat daripada bahaya kimia itu menjadi tandatanya. Kita percaya racun yang diumumkan itu telah digunakan. Tetapi bagaimana mereka tidak sedikitpun terkesan dengan risiko racun itu?
Jika sah racun itu digunakan dan ia tidak mengapa-apakan si penyapu, maka ini bererti Korea Utara telah memperoleh satu ilmu dan kepakaran betapa racun itu tidak menjejas kulit dan lain-lain selain dari muka.
Sains yang dikuasai oleh manusia di mana-mana di dunia tahu racun itu boleh membunuh sekalipun yng terpalit dengannya sekadar kulit. Ia memang membahayakan. Jika tidak, tidaklah pembersih KLIA 2 menggunakan sarung badan kalis kimia bagi mengesan zat racun itu.
Apakah setakat ini saintis Korea Utara yang menguasai rahsia itu. Untuk menjawab semua kekeliruan ini, mungkin kita hanya dapat dari Korea Utara saja.
Memang kebarangkalian Korea Utara sudah meninggalkan ke belakang pakar-pakar kimia lain-lain negara termasuk Amerika, Israel, Rusia dan China.
Selagi dunia tidak dapat menghuraikan ilmu rahsia yang Korea Utara gunakan bagi membunuh Jong-nam, maka payah hendak mematahkan dalih Korea Utara betapa kematian itu gara-gara serangan jantung.
Kita percaya pakar forensik kita ada ilmu dan wibawa bagi mengesahkan kematian Jong-nam adalah gara-gara mukanya disapu racun itu. Pakar dunia seluruhnya payah mempertikai penemuan pakar forensik kita, tetapi yang hendak dihuraikan sekarang ini ialah ilmu yang Korea Utara itu tidak membahaya dan mencedera bahagian lain dari muka yang terkena palitnya?
Korea Utara dipercayai tidak akan mengaku ia ada sebarang kelebihan dalam ilmu kimianya. Sebagaimana ia tidak mengaku pembunuhan itu dirancangkan, ia pasti simpan kemungkinan kemas bahawa ia memiliki kemajuan senjata kimia yang termaju.
Ia tidak rahsiakan ia memilik senjata nuklear perkasa, tetapi ia tidak akan kongsi ilmu kimia yang dipercayai sudah dicapainya. – HARAKAHDAILY
Tuesday, March 28, 2017
Jong-Nam maut, pembawa racun selamat?
SUBKY LATIF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment