Bernama ·
PUTRAJAYA
– Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menegaskan bahawa kemudahan
bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam
persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti yang
ditularkan.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata
kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan boleh diperoleh melalui
preskripsi pegawai perubatan kerajaan di fasiliti-fasiliti Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital universiti.
Sekiranya
terdapat permasalahan mengenai kemudahan bekalan ubat dan alat
perubatan, pesara kerajaan dan veteran berpencen boleh menghubungi pihak
JPA di talian hotline 03-88854099/4037/4014 (waktu pejabat) atau emel
pada mypesara@kwap.gov.my bagi mendapatkan penjelasan lanjut, katanya.
Mengenai
perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara kerajaan
dan veteran berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation
Supply System (e-MASS), JPA menjelaskan bahawa kontrak perkhidmatan yang
disediakan syarikat Oratis Rx Sdn Bhd sejak 26 Januari 2012 telah tamat
tempoh pada 27 Januari tahun ini.
Menurut JPA, perkhidmatan itu telah dilanjutkan secara interim sehingga 27 Februari 2017.
No comments:
Post a Comment