shahhbudindotcom
Akta
355 - Tempat yang sebenar ia harus dibentang, dibahas dan kemudian
disokong atau sebaliknya ialah di Parlimen. Lulus atau tidak usul
tersebut terletak di tangan 222 Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa
mengundi berkaitan dengannya.
Kalau
lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen menyokong, maka luluslah
pindaan yang dicadangkan itu. Sebaliknya, jika tidak mendapat sokongan
majoriti, tidak menjadi kenyataanlah ia. Mudah saja.
Lulus
atau atau tidak pindaan Akta 355 tidak terkait sama sekali dengan
berapa ramai orang berhimpun, berapa ribu helai baju ungu terjual atau
berapa ramai yang sedia menjerit hingga sakit tekak dibuatnya.
Dalam
hal ini, yang perlu diyakinkan untuk menyokong Akta 355 ialah
sekurang-kurangnya 112 atau lebih Ahli Parlimen yang berada di Dewan
Rakyat.
Namun,
entah jadi, entah tidak usul Akta 355 itu dibentang, dibahas dan
diundi dalam sidang Parlimen Mac ini, ia sebaliknya lebih ghairah untuk
dibentangkan di padang awam dan mereka yang tidak boleh mengundi pula
dijadikan sasaran untuk dighairahkan memberi sokongan.
Yang
bercakap berdegar-degar meminta agar usul tersebut diluluskan antaranya
ialah Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab terhadap agama Islam.
Siapa yang didesaknya, bukankah beliau anggota kabinet kerajaan yang sedang berkuasa?
Sudahkah Jamil Khir meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri untuk menyokong usul itu?
Makin hari, makin banyak lawaknya Akta 355 ini.
Pasukan
petugas khas forex - susulan persetujuan kabinet untuk menubuhkan
pasukan petugas khas bagi menyasat kerugian urusniaga mata wang asing
atau forex pada tahun 1990-an, UMNO dan BN dilaporkan akan menggerakkan
jentera penerangan ke seluruh negara bermula Mac ini.
Menurut
Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang jawatannya sebagai Pengerusi
Mara sedang digantung, program penerangan itu bertujuan untuk
menjelaskan secara terperinci keputusan kabinet tersebut, terutama
perbandingannya dengan isu 1MDB.
Sama seperti Akta 355, motif politik di sebalik penubuhan pasukan petugas khas itu terlihat semakin jelas dan nyata.
Belum
pun pasukan petugas khas diwujudkan dan tidak diketahui lagi siapa
anggotanya, ia sudah pun mahu dijaja ke seluruh negara melalui jentera
politiik UMNO dan BN.
Adakah menjajanya ke seluruh negara akan membantu membuktikan sesiapa didapati bersalah sebelum pasukan petugas khas ditubuhkan?
Terpulihkah
kredibiliti Annuar Annuar yang sedang disiasat oleh SPRM dan Audit
Dalaman Mara melalui program penerangan ke seluruh negara atau adakah
sesiapa yang masih meyakini kata-kata Ketua Penerangan UMNO yang sudah
tercalar kredibilitinya itu?
No comments:
Post a Comment