Tuesday, February 21, 2017

RUU355: Keikhlasan Umno hanya terbukti apabila ia berjaya dijadikan undang-undang

 Shawaliah Hadir
 
 
Walaupun Umno menghadiri Himpunan 355 baru-baru ini, ia tidak cukup selagi Akta 355 tidak termaktub dalam perlembagaan persekutuan

HIMPUNAN 355 pada Sabtu lalu nampaknya meraih puluhan ribu peserta berkumpul di Padang Merbok.

Himpunan tersebut dianjurkan oleh PAS sebagai medium untuk memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Pindaan akta itu dijadualkan akan dibentangkan oleh Presiden parti itu yang juga Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat Mac nanti.

Himpunan baru-baru ini bermula seawal dua petang dan berakhir pada kira-kira 11:30 malam sejurus Hadi menyampaikan ucapannya.

Dalam himpunan tersebut semua kepimpinan parti itu termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dan timbalannya Dr Asyraf Wajdi Dasuki menekankan akta yang hanya akan melibatkan umat Islam sahaja.

Namun begitu, sehingga tahap kepada penganjuran himpunan seperti itu adakah pada akhirnya nanti penentangan terhadap Akta 355 akan reda?

Nampaknya sebelum menjejakkan kaki ke bangunan Parlimen Mac nanti, himpunan inilah merupakan usaha Hadi untuk terus meyakinkan pihak yang membantah dibantu oleh Umno dengan kehadiran Jamil.

Setelah ianya dibentangkan kelak, barulah keikhlasan Umno dalam menyokong akta ini apabila usul pindaan itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia akan diserahkan kepada Menteri yang berkaitan bagi pihak kerajaan untuk dibawa sebagai Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355.

Terdahulu Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Najib Razak berkata pembentangan terhadap pindaan Akta 355 akan diambil alih oleh kerajaan selesai Hadi sebelum sampai ke proses pengundian.

Umum mengetahui hakikat sebenarnya adalah komponen parti Barisan Nasional (BN) sehingga kini masih menentang hebat Akta 355.

No comments: