Wednesday, February 1, 2017

Jamilah Anu, balu Adenan Satem calon BN di Tanjong Datu

ANTARAPOS.COM

Post Pic


PETRA JAYA: Puan Sri Jamilah Anu, isteri Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Tanjong Datu.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg pada sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.

Pilihan raya kecil Tanjong Datu diadakan berikutan kematian Adenan akibat masalah jantung pada 11 Januari lalu.

Allahyarham Adenan adalah Ketua Menteri kelima Sarawak serta penyandang kerusi Tanjung Datu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pembuangan undi, masing-masing pada Sabtu ini dan 18 Februari.

Pada pilihan raya negeri Mei tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan 6,360 undi berbanding pencabarnya Jazolkipli Numan dari PKR yang memperolehi 468 undi.

No comments: