Monday, February 20, 2017

Islam dan politik Tun Mahathir

HUZIR SULAIMAN 


 
SEMPITNYA definasi politik Tun M apabila menjatuhkan hukuman salah kerana penganjur menggunakan politik untuk tegakkan Islam ketika merujuk kepada Himpunan RUU355 semalam.

Sememangnya kita perlukan politik untuk tegakkan Islam dan tidak ada salahnya apabila politik digunakan untuk memenuhi matlamat itu.

Untuk makluman Tun M, definasi politik merangkumi pengetahuan mengenai kenegaraan, urusan dan tindakan mengenai pemerintahan serta kebijaksanaan dalam tindakan untuk mengatasi masalah.

Manakala dalam Islam, Politik Islam @ Fiqh Siyasah pula bermaksud hukum yang mengatur hubungan pemerintah dengan rakyatnya. Antaranya ialah aspek keputusan yang diambil pemerintah terhadap rakyatnya, aspek kewangan Negara, aspek hubungan antarabangsa, aspek kedaulatan, aspek keselamatan Negara dan lain-lainnya.

Asy Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah menukilkan betapa pentingnya peranan seorang muslim dalam berpolitik. Mempunyai pandangan jauh ke hadapan serta mengambil cakna urusan rakyatnya.

"Sesungguhnya dalam Islam ada politik, namun politik yang padanya terletak kebahagiaan dunia dan akhirat."

Islam dan politik saling berintegrasi wahai Tun M. Perlunya Tun M merujuk kepada tulisan Al-Mawardi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun dan lain-lainnya dalam soal ini.

Jadi apa perlunya Tun M memisahkan politik @ siyasah dalam usaha untuk menegakkan Islam? apabila hakikatnya Islam perlu ditegakkan dengan politik.

atau

Tun M sendiri yang berpolitik untuk pisahkan Islam dari politik agar Islam tidak dapat ditegakkan di Negara ini? HARAKAHDAILY

No comments: