SINGAPURA: Presiden Singapura, Tony Tan Keny Yam mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, sekali gus memberi peluang kepada calon berketurunan Melayu untuk menerajui republik ini.
“Saya mahu melihat Presiden daripada orang Melayu selepas 46 tahun,”
kata beliau yang juga Presiden Ketujuh Singapura selepas mengangkat
sumpah pada 1 September 2011.
Mengukuhkan lagi Singapura bakal ditadbir Presiden Melayu, Perdana
Menteri, Lee Hsien Loong berkata, jawatan itu akan dikhaskan untuk calon
dari kaum tersebut.
“Saya akan mencadangkan pindaan dilakukan dalam peruntukan kaum Rang
Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Presiden pada
Januari ini,” katanya di Parlimen.
Hsien Loong menjelaskan, sistem yang akan dipinda itu merupakan satu
model yang membuka pencalonan kepada semua kaum, namun jika tiada
Presiden dari etnik tertentu selama lima penggal berturut-turut, maka
penggal akan datang dikhaskan kepada satu kaum sahaja.
Jelas beliau, jika ada calon Melayu yang berkelayakan bertanding dalam
Pilihan Raya Presiden Singapura pada Ogos tahun depan, negara ini akan
memiliki Presiden Melayu sekali lagi.
“Memetik kata-kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Yaacob Ibrahim
semalam, Presiden seterusnya akan menjadi orang Melayu kedua menerajui
Singapura dalam tempoh 46 tahun sejak Presiden pertama, Yusof Ishak,”
katanya.
No comments:
Post a Comment