shahbudindotcom
Selepas pulih daripada insiden hidung berdarah semalam, esok pemimpin Baju Merah, Jamal Md Yunus dilaporkan akan membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter untuk meninjau rumah banglo seorang pemimpin PKR di Ampang, Selangor.
Dakwanya,
pemimpin Angkatan Muda PKR itu memiliki banglo dan pelbagai kereta
mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.
Terbongkar
kisah bagaimana seorang yang baru berusia 28 tahun dan baru sepenggal
memegang jawatan dalam PKR, namun memiliki kekayaan yang luar
biasa...banglo, kereta berbelas biji yang bernilai berjuta-juta ringgit,
katanya lagi.
Makin kacau nampaknya Jamal ini...apa masalahnya jika seseorang yang kaya dan banyak duit memegang jawatan dalam parti politik?
Jika
pemimpin muda tersebut tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri
Selangor, GLC atau sebagainya, salahkah dia kaya dan memiliki wang yang
banyak dan di mana boleh dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa?
Mungkin dia pandai berniaga, berasal dari keluarga berharta, ada bapa mertua kaya atau menang loteri dan sebagainya?
Berbeza
dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan BN selama ini, mereka yang
dipersoalkan itu selalunya ada jawatan penting dalam kerajaan.
Tidaklah
rahsia bahawa bukan saja menteri dan timbalan menteri yang diketahui
ramai yang kaya dengan memiliki rumah besar, banyak kereta, isteri
bergaya dengan perhiasan mahal-mahal, bahkan setiausaha sulit,
setiausaha akhbar dan pegawai khas pun tidak sedikit yang berubah gaya
hidupnya secara mengejut.
Mereka
ini memang wajar dipersoalkan kerana ada jawatan dalam kerajaan serta
terlibat menguruskan dana yang berkaitan rakyat. Maka, ia wajar
dipersoalkan.
Untuk
itu, terlanjur Jamal sudah membawa wartawan dengan helikopter esok,
eloklah jika beliau meninjau sekali kekayaan dan besar mana rumah serta
berapa banyak kereta yang dimiliki oleh sebahagian besar pemimpin
kerajaan itu.
Antara
kawasan perumahan yang boleh ditinjaunya ialah Taman TAR di Ampang,
Bukit Damansara, Taman Duta, Mont Kiara, Tropicana serta Country Height
di Kajang di mana disitulah bersemayamnya sebahagian besar pemimpin
kerajaan yang kaya-raya itu.
Dikhabarkan
sesetengah menteri, timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha itu
bukan sekadar memiliki lebih daripada satu rumah, malah orang rumah juga
lebih daripada satu bilangannya.
Ambillah
gambar serta video tentang rumah dan kereta-kereta yang mereka miliki
dan dedahkan kepada umum, barulah Jamal akan dikenali sebagai "Hero
Rakyat" bagi orangramai.
No comments:
Post a Comment