Sunday, November 13, 2016

Lantang kritik pentadbiran Najib, Sultan Johor diintip polis cawangan khas

 
sultanjohor-tmj


Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sering mengeluarkan kenyataan pedas terhadap kerajaan pemerintah dipimpin Datuk Seri Najib Razak mendakwa pergerakan mereka juga diintip polis cawangan khas (SB).

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Tunku Ismail (TMJ) dimana beliau sendiri tidak mengetahui tujuan intipan tersebut ke atas mereka kerana tidak ada kesalahan yang mereka lakukan.

Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh ‘Special Branch’.

“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman,” dakwanya melalui status di Facebook semalam.

Baginda mempersoalkan langkah sedemikian kerana mereka bukan individu yang berbahaya yang membunuh orang.

“Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia,” katanya.
Unit cawangan khas merupakan sayap perisikan PDRM yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara.

Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara.

No comments: