PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM),
Datuk Seri Jamal Md Yunos tetap mahu mengerahkan anggotanya berkumpul di
hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang esok.
Mengakui tidak mempunyai permit untuk berhimpun, Jamal yang juga Ketua
Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Himpunan Gerakan Merah versi 2.0 itu
akan mula berkumpul di lokasi tersebut pada pukul 2 petang.
"Memandangkan lokasi itu agak kecil, jadi saya tak meletakkan sasaran
kehadiran. Namun saya yakin jumlahnya cukup memberangsangkan," katanya
dipetik mStar Online.
Sementara itu ditanya mengenai kenyataan ugutannya sebelum ini bahawa
sebahagian pejabat portal berita itu akan diruntuhkan, Jamal berkata,
setakat ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan wakil syarikat itu
mengenai sumber kewangan mereka.
"Saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan bahawa mereka
menerima dana Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan George
Soros.
"Jadi apa yang akan berlaku dalam perhimpunan esok saya tak boleh jangka," katanya.
Pejabat Malaysiakini dipilih berikutan rancangan awal mereka untuk
berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
No comments:
Post a Comment