GEORGE TOWN: Penunggang motosikal sekarang boleh menggunakan Jalan
Teluk Bahang yang ditutup sejak awal pagi semalam kerana insiden tanah
runtuh.
Menurut maklumat yang dimuatkan dalam laman rasmi Facebook Ketua
Menteri Lim Guan Eng, penunggang motosikal boleh menggunakan Jalan Teluk
Bahang dari 6 pagi hingga 9 pagi, 5 petang hingga 8 malam, dan dari 10
malam hingga 12 tengah malam.
Bagaimanapun, kenderaan berat seperti kereta, lori dan bas tidak
dibenarkan menggunakan jalan tersebut sehingga diberitahu kelak.
Untuk memastikan keselamatan pengguna, para pegawai akan ditempatkan di lokasi berkenaan untuk memantau lalu lintas.
Awal pagi semalam, jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dan pusat
bandar terhalang akibat tanah runtuh dan juga struktur jalan yang runtuh
selepas hujan berterusan sejak tengah malam.
Calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari
kedua-dua kawasan terkandas dan kerja-kerja pembersihan runtuhan selesai
kira-kira 2 petang sementara kerja-kerja pembaikan bagi struktur jalan
yang runtuh dijalankan dengan segera.
No comments:
Post a Comment