KOTA KINABALU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berjaya mengetepikan perintah ingkar terhadapnya susulan kenyataannya
berkaitan ajaran Kristian.
Memetik laporan Harakahdaily, kebenaran itu diberikan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah.
Peguamnya Hamid Ismail berkata, kebenaran itu dibuat pada jam 2.30
petang semalam terhadap permohonan terhadap presiden PAS itu pada 12
Ogos lalu.
Sebelum ini, Hadi disaman oleh peguam Sabah Marcel Jude Joseph atas sebuah artikel berkaitan dengan Kristian.
Hadi sebelum ini memfailkan permohonan mengetepikan keputusan Mahkamah
Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Marcel ekoran
kenyataan negatif terhadap Kristian.
Hamid berhujah, anak guamnya tidak menerima writ saman dan tidak tahu bahawa beliau perlu hadir diri ke mahkamah.
Oleh kerana kegagalan anggota parlimen Marang itu untuk hadir ke mahkamah, Hadi dikenakan penghakiman ingkar.
Mahkamah Sesyen pada 12 Ogos mengarahkan Hadi yang juga ADUN Rhu
Rendang untuk membayar Marcel, 54, ganti rugi kerana mencampuri hak
perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama bawah Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.
Marcel memohon penghakiman memandangkan Hadi tidak hadir ke mahkamah
dan mahkamah kemudiannya mengeluarkan surat ketidakhadiran oleh
defendan.
Saman daripada peguam Marcel diberikan kepada Abdul Hadi pada 19 Julai.
Marcel yang juga anggota Majlis Peguam Sabah dan Sabah Catholic Lawyers
Apostolate memfailkan saman terhadap Hadi kerana kenyataannya yang
didakwa sebagai menyalahi undang-undang dan hak perlembagaan plaintif
untuk kebebasan beragama.
No comments:
Post a Comment