shahbudindotcom
Apa agaknya mimpi buruk yang sering menghantui pemimpin-pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini?
Ingatkan
hanya Salleh Said Keruak atau Abdul Rahman Dahlan saja yang selalu
tampil dengan idea atau kata-kata meracau, rupa-rupanya Annuar Musa
juga, sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad
Maslan, seperti turut dijangkiti masalah yang sama.
Semalam
Ahli Parlimen Ketereh itu dilaporkan mengalu-alukan sekiranya Mukhriz
Mahathir mahu menyertai semula UMNO jika benar bercita-cita mahu menjadi
Perdana Menteri.
Kalau betul Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, tidak mustahil. Kalau nak balik, kita boleh bincang, katanya lagi.
Kenapa UMNO tiba-tiba ambil berat sama ada Mukhriz mahu jadi Perdana Menteri atau tidak?
Tidakkah
UMNO sendiri sudah ada beberapa nama yang mengidam untuk menjadi
Perdana Menteri, antaranya Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussien serta
Khairy Jamaluddin?
Mengapa
perlu dipelawa Mukhriz yang sudah dipecat daripada UMNO untuk menyertai
semula parti itu dan digambarkan seolah-olah hanya melalui UMNO,
seseorang itu dapat menjadi Perdana Menteri?
Bukankah
pemimpin UMNO sendiri selalu mengecam tindakan Tun Mahathir Mohamad
yang didakwa tidak habis-habis campurtangan dalam politik negara,
meskipun sudah bersara sejak 2003, dengan menggambarkan ia untuk
memastikan Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri?
Lalu, kenapa sekarang UMNO sendiri seperti memberi laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri?
Ataukah
kenyataan Annuar itu menggambarkan ketakutan UMNO terhadap penerimaan
rakyat kepada PPBM, lalu cuba menunjukkan sikap lunaknya supaya parti
itu terus berkuasa?
Sesuatu
yang Annuar, pemimpin UMNO atau macai berbayarnya mesti sedar ialah,
majoriti rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO, BN dan kerajaan
yang sedia ada.
Sebagaimana
mereka sudah menunjukkan keinginan melakukan perubahan melalui isyarat
52 peratus undi popular menolak BN dalam pilihanraya 2013 lalu, iltizam
itu semakin meningkat sekarang ini berikutan pelbagai masalah yang
semakin buruk membelenggu kepimpinan Najib.
Kalau
pun ditakdirkan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, ia bukanlah
disebabkan penerimaan rakyat sudah berubah atau mereka menerima Najib
sebagai pemimpin yang baik dan boleh dimaafkan, tetapi lebih kerana
berlakunya perpecahan di antara musuh-musuhnya.
Namun
demikian, semua itu sedang diuruskan sekarang kerana parti-parti
pembangkang juga tidak mustahil menjadi lebih bertolak ansur lantaran
memikirkan keinginan perubahan di hati majoriti rakyat, lebih-lebih
lagi Tun Mahathir turut sedang menggunakan pengalamannya selama ini
untuk tujuan yang sama.
Dalam
soal ini, yang penting bukan soal sama Mukhriz dapat menjadi Perdana
Menteri atau sebaliknya, yang jauh lebih utama ialah kejayaan
menyingkirkan Perdana Menteri sedia ada.
Bagi
sesiapa yang inginkan perubahan dan seterusnya membawa kebaikan kepada
rakyat, menjadi Perdana Menteri mungkin merupakan impian, tetapi
memegang jawatan itu atas tiket UMNO yang telah dibusukkan ke seluruh
dunia oleh Najib, bukanlah lagi suatu kebanggaan.
Maka,
Annuar tidak perlu bersusah-payah melobi mana-mana pemimpin PPBM,
termasuk Mukhriz untuk ditonjolkan menjadi Perdana Menteri atas tiket
UMNO. Yang perlu beliau risaukan ialah ada lagikah hayat politik Najib
dan UMNO selepas ini?
No comments:
Post a Comment