KUALA LUMPUR - Kira-kira 76,000 pesakit
strok mendapatkan rawatan di pelbagai hospital dan institusi perubatan
setiap tahun dengan anggaran kos rawatan yang ditanggung sebanyak
RM316.51 juta.
Ketua Jabatan Perubatan Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Profesor Dr Norlinah Mohamed
Ibrahim berkata ia merangkumi 45,000 kes baru yang menerima rawatan
sebagai pesakit biasa dan 31,000 sebagai pesakit luar.
Bagaimanapun katanya anggaran kos
rawatan itu tidak dibiayai sepenuhnya oleh pesakit sebaliknya antara 70
hingga 80 peratus daripada kos berkenaan disubsidi kerajaan kerana
kebanyakan mereka tidak mempunyai insurans.
"Anggaran kos ini adalah berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
terhadap kos rawatan strok bagi setiap pesakit yang mendapatkan rawatan
setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas
menghadiri majlis perasmian Hari Strok Sedunia dan pelancaran aplikasi
telefon pintar pemantau strok 'Stroke Riskometer' versi Bahasa Malaysia,
di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment