OLEH ERMIZI MUHAMAD
HULU SELANGOR : RM5 juta diperuntukan bagi tujuan pembangunan
kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor
2017, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan
Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.
Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno Barisan Nasional (Umno
BN) apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan
ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.
Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan
kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati
hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.
“Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.
“Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta
kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf
infrastruktur dan fasiliti,” katanya kepada SelangorKini.
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
memaklumkan Kerajaan Negeri akan mengumumkan Belanjawan berimbangan
dengan memberi tumpuan terhada aspek pembangunan negeri.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan program
pembangunan diberikan tumpuan terutama aspek pemilikan kediaman pada
pembentangan belanjawan, Isnin ini.
Katanya, tumpuan tersebut turut memofuskan ke arah pembangunan
kampung-kampung di Selangor seiring kemajuan pembangunan di bandar
besar.-nR-
No comments:
Post a Comment