Anne Muhammad
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada siapa yang tahu bilakah Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung.
Katanya, ia kini terpulang kepada Datuk Seri Najib Razak menentukan dan mengumumkan bila tiba masanya.
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kementeriannya menerima ‘bajet pilihan raya’ dalam peruntukan Bajet 2017 yang diumumkan Najib pada Jumaat lalu.
“Kita pun tak tahu bila pilihan raya, saya tak anggap ini bajet pilihan raya dan sebagainya. Tidak ada siapa yang tahu bila pilihan raya, kalau pilihan raya 2018 akan ada bajet yang satu lagi.
“Tapi apa yang saya sentiasa sebut KKLW sentiasa beri cadangan kepada kerajaan beri peruntukan pada projek untuk terus beri pada rakyat tanpa perlu tunggu lama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas mengenai bajet di 1Sentral, Kuala Lumpur.
Kementerian KKLW yang diterajui oleh Ismail dalam pembentangan bajet kali ini menerima peruntukan keseluruhan sebanyak 9 bilion.
Kata Ismail, bajet yang diterima kali ini lebih memberi tumpuan kepada ‘sentuhan rakyat’ dan projek yang boleh disiapkan dalam masa singkat.
Sebelum ini Najib menyangkal Bajet 2017 adalah bertujuan untuk meraih kepentingan agenda politik jangka pendek dalam menghadapi PRU-14.
Sebaliknya Najib menyifatkan, peruntukan tersebut sebagai 'bajet komitmen' untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi.
Biasiswa MARA tak dihentikan
Sementara itu, Ismail berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan pemberian biasiswa dan menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menghentikan tajaan tersebut.
Namun, terdapat syarat baru yang akan dikenakan iaitu MARA akan melihat terlebih dahulu pendapatan setiap keluarga pelajar tersebut.
“MARA sebenarnya masih meneruskan tajaan pelajar seperti tahun dahulu. MARA tak pernah hentikan tajaan pelajar cuma ada sedikit perbezaan dari segi pendekatan.
“Dulu kalau kita beri tajaan kita tak lihat dari segi pendapatan keluarga, seperti kerajaan beri biasiswa dan pinjaman kepada pelajar bagi kurangkan bebanan kepada keluarga.
Katanya, syarat yang baru di perkenal itu akan memberi biasiswa penuh kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya sebanyak RM8,000 sebulan.
Bagi pendapat RM8,000 hingga RM15,000 sebulan separuh biasiswa akan diberikan.
Manakala bagi gaji yang melebihi RM15,000 dan ke atas pihak MARA akan membantu pengambilan pinjaman dari bank panel badan dan faedah akan ditanggung oleh MARA.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan pelajar yang ingin belajar di luar negara supaya memohon biasiswa terlebih dahulu sebelum pergi melanjutkan pelajaran.
Ia kerana katanya pihaknya hanya memberi peruntukan berdasarkan bajet yang diberikan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM2bilion untuk 80,000 pelajar lama dan baru.
“Ada pelajar cakap tak dapat tajaan dari MARA sebab mereka pergi (luar negara) dulu.
“Sekarang ini, bila dapat tawaran (belajar) mereka tak pergi MARA untuk memohon, apabila sampai sana baru mereka minta jadi macam itu susah kerana kerajaan sekarang beri peruntukan RM2 bilion untuk 2017, jadi kita nak bajet pun berdasarkan RM2 bilion itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment