MALAYSIAKINI
BERSIH mengutuk keras keganasan kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos terhadap peserta konvoi mereka di Sabak Bernam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, BERSIH berkata salah seorang pesertanya dipukul secara fizikal oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai 'samseng' itu.
"Samseng-samseng itu membaling telur kepadanya, menariknya dari motosikal, menendang dan menumbuknya sehingga dia cedera teruk.
"Mereka boleh membunuhnya. Jamal Yunos telah melampaui batas dan tindakan itu sama seperti samseng dan ia adalah jenayah dan keganasan yang melampau," katanya.
Katanya, kumpulan Baju Merah berkenaan bukan sahaja menyerang secara fizikal tetapi hampir merempuh kereta dinaiki Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengurus BERSIH Mandeep Singh di Sabak Bernam.
"Ugutan seperti itu tidak dapat diterima. Polis perlu menangkap mereka untuk menamatkan kegiatan samseng ini," katanya kenyataan itu.
Semalam, dua peserta BERSIH yang menunggang motosikal dibaling telur ketika melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam.
Salah seorang daripada mereka turut ditendang dua kali oleh anggota kumpulan berkenaan.
Mengulas lanjut, BERSIH berkata gabungan itu menawarkan sokongan undang-undang kepada penyokong yang menghadapi gangguan atau keganasan fizikal.
"BERSIH mengekalkan pendiriannya untuk mendukung himpunan secara aman tanpa kekerasan dan rasa hormat. BERSIH tidak menganjurkan konvoi itu untuk mewujudkan keganasan atau rusuhan tetapi untuk membicarakan isu-isu kami," katanya.
Katanya lagi, gabungan itu akan terus meneruskan konvoi berkenaan bagi meningkatkan kesedaran mengenai lima tuntutan BERSIH.
"Kami menyeru setiap rakyat Malaysia untuk terus menuntut pembaharuan dan Malaysia yang lebih baik,"jelasnya.

No comments:
Post a Comment