Shakira Buang
LIHAT VIDEO DI SINI
Tun Dr Mahathir Mohamed tetap positif untuk meneruskan perbincangan
bersama PAS meskipun parti Islam itu menolak kerjasama dengan mana-mana
parti pembangkang yang menjalin hubungan dengan DAP.
Ini kerana, tegas Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
itu, PAS sebelum ini telah sekian lama menjalin hubungan dengan
parti-parti pembangkang itu.
Malah, bekas pemimpin veteran Umno itu berkata, kemenangan PAS di
kebanyakan kerusi yang dimenangi parti Islam itu juga dibantu oleh rakan
komponen Pakatan Harapan itu.
"Ini adalah sangat menyedihkan (penegasan PAS tolak kerjasama dengan
pembangkang) tetapi seperti mana yang kita PAS sebelum bekerjasama
dengan DAP dan PAS dipilih serta mendapat sokongan ahlinya juga kerana
DAP dimana pengundi Cina membantu PAS untuk menang dikawasan majoriti
pengundi Cina.
"Saya berharap kita akan dapat mengadakan pertemuan dengan PAS untuk
menjelaskan jika mereka tidak bersama kita dalam pilihan raya mereka
sebenarnya akan membantu kerajaan untuk menang sebab mereka akan
kehilangan banyak kerusi," kata Mahathir ketika menghadiri sidang
Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan sebelum ini dilaporkan sebagai
berkata bahawa parti-parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan
PAS mesti meninggalkan DAP sebelum rundingan boleh diadakan.
"Realitinya adalah DAP masih menentang perjuangan Islam PAS.
"Oleh itu, dasar semasa PAS adalah untuk menolak DAP dan semua pihak
yang bekerjasama dengan DAP," katanya dalam satu kenyataan, demikian
menurut satu laporan dalam Harakah Daily.
Oleh itu, Nasruddin berkata persamaan yang mudah untuk pihak-pihak
yang mahu bersama dengan PAS adalah untuk meninggalkan DAP dan mematuhi
syarat yang mudah - menghormati perjuangan teokratik parti.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas apakah BERSATU akan meneruskan
kerjasama itu sedangkan mereka menentang hudud, ini jawab Mahathir:
"Ada perbezaan antara kita, tetapi jika kita menekankan perbezaan, kita tidak akan boleh bekerja bersama-sama.
"Oleh itu, jika kita mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang
sangat kuku besi dan tidak liberal kita harus mengendalikan masalah ini
bersama-sama," ujar Mahathir lagi.
No comments:
Post a Comment