Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.
Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti
apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas
beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.
"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS
melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka
begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah
Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.
"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal
daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman
sosial Facebook.
Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.
Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta
perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada
Oktober depan.
Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya
bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang
matang dan menyeluruh.
Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.
Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara
tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum
RM5,000.
No comments:
Post a Comment