Oleh ABU YAZID ABU BAKAR
AKHIR bulan lalu, negara dikejutkan dengan satu kejadian buli di sekolah yang dianggap sebagai insiden paling tragis pernah dilaporkan apabila mangsa dikatakan telah dipaksa memotong lidahnya sendiri. Walaupun akhirnya siasatan polis mendapati kesahihan kejadian ini dipertikaikan, namun sedikit-sebanyak peristiwa ini telah membangkitkan semula perbincangan tentang fenomena buli dalam persekitaran sekolah di negara ini.
Beberapa hari lalu pula, seorang pelajar di sebuah sekolah di Pantai Timur dilaporkan mengalami keretakan tulang leher akibat dibuli oleh sekumpulan pelajar senior. Natijahnya, insiden-insiden ini serta kejadian-kejadian lain yang tidak dilaporkan tetapi menjadi viral setelah dimuat naik di laman-laman sosial, memberi petunjuk jelas bahawa fenomena buli yang berhubung kait dengan tingkah laku gengsterisme masih berleluasa di sekolah dan perlu dibendung dengan lebih serius.
Gejala
buli lazimnya dilakukan secara sengaja dan berulang, oleh individu
yang merasakan dirinya lebih kuat atau berkuasa ke atas individu yang
dianggap lemah. Sering kali gejala ini berlaku dalam bentuk fizikal
(mendera, memukul, mencederakan, memeras ugut, dan sebagainya), ataupun
lisan (mengugut/mengancam, memaki/mencerca, mengejek/menyindir, dan
sebagainya).
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, perlakuan membuli juga boleh berlaku secara maya iaitu senario yang dikenali sebagai cyberbullying - ini merujuk kepada tingkah laku memperlekeh dan menjatuhkan maruah mangsa menerusi penyebaran maklumat atau gambar palsu di laman-laman sosial ataupun aplikasi-aplikasi lain di Internet.
Semua bentuk perlakuan tersebut seolah-olah mendatangkan kepuasan tidak terhingga kepada si pembuli, sedangkan si mangsa menderita kesan-kesan negatif psikologi dan emosi.
Kajian-kajian ilmiah mendapati bahawa mangsa-mangsa buli sering mengalami trauma, kemurungan, dan tekanan yang berpanjangan. Selain itu, ramai antara mereka yang memiliki perasaan rendah diri melampau serta kemahiran interaksi sosial rendah, yang mengakibatkan mereka lebih suka bersendirian atau mengasingkan diri apabila dewasa.
Dalam perlakuan membuli secara berkumpulan, jelas menjurus ke arah pembentukan ciri-ciri gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah. Tingkah laku gengsterisme ditakrifkan sebagai perlakuan ganas dan agresif – melibatkan aspek-aspek psikologi, fizikal, dan lisan – yang dilakukan secara berkumpulan terhadap pihak/individu yang lemah.
Dalam hal ini, kecenderungan mereka membuli didorong oleh keinginan untuk menguasai dan meletakkan mangsa dalam ketakutan atau kebimbangan, serta hasrat mereka untuk melanggar peraturan atau undang-undang sedia ada.
Satu kajian oleh penyelidik tempatan mendapati bahawa selain membuli, amalan-amalan lazim dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang memiliki ciri-ciri personaliti gengster adalah mencuri, menghisap rokok, memeras ugut, ponteng sekolah dan melakukan vandalisme.
Natijahnya, gejala buli dan amalan gengsterisme mempunyai hubungan perkadaran terus yang sangat sinonim. Dalam lain perkataan, peningkatan insiden-insiden buli akan secara tidak langsung menyuburkan budaya gengsterisme.
Justeru, membiarkan kedua-duanya berleluasa dalam persekitaran sekolah yang merupakan medan untuk mendidik dan membentuk generasi anak bangsa, bukanlah sesuatu yang sihat dan sewajarnya dikekang habis-habisan.
Pemberian ganjaran dan hukuman yang lebih terarah, mungkin merupakan satu kaedah yang sesuai diterapkan dalam dasar pendidikan sedia ada. Selain itu, kaedah mendidik yang lebih komprehensif melibatkan semua pemegang taruh atau pihak berkepentingan seperti penggubal dasar, warga pentadbir dan pendidik di sekolah, kepemimpinan pelajar, ibu bapa, serta entiti-entiti dalam komuniti, wajar dibangunkan.
Inisiatif untuk membangunkan modul latihan serta garis panduan komprehensif bagi menangani gejala buli dan amalan gengsterisme di sekolah sedang giat diusahakan sekumpulan penyelidik tempatan – yang diterajui pakar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – dengan matlamat untuk mencegah fenomena ini daripada terus berleluasa.
Objektif pencegahan (prevention) berbanding pemulihan (rehabilitation) adalah satu-satunya cara yang harus dipertimbangkan Kementerian Pendidikan agar generasi pelajar yang bakal dilahirkan memenuhi semua kriteria yang digariskan Falsafah Pendidikan Negara.
Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan, insya-Allah.
LEFTENAN KOMANDER (BERSARA) TLDM, DR. ABU YAZID ABU BAKAR ialah Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling), Jabatan Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, UKM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan