DALIA ISMAIL
Adun Padungan, Sarawak, Wong King Wei yakin rakyat Sarawak akan
menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak
lama lagi kerana mereka juga menolak GST.
"Rakyat Sarawak akan tolak BN di Sarawak kerana mereja juga menolak
GST," katanya ketika berucap di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran
Merdeka hari ini.
Beliau datang ke Dataran Merdeka ketika Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri bagi membantah GST.
Ini kerana, rakyat Sarawak juga menghadapi masalah yang sama dengan Semenanjung iaitu GST.
Walaupun mereka selesa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Adnan Satem
tetapi mereka sangat tidak senang dengan Najib yang memerintah
Malaysia.
Bagi Wong memberi undi kepada Adnan bermakna memberi undi kepada
Najib untuk terus kekal memerintah Malaysia dan GST akan terus kekal.
Pasukan Dapsy yang bertolak dari Jalan Sultan mula tiba di Dataran Merdeka jam 2.48 petang.
Mereka bergerak dari jalan Sultan menuju ke jalan Hang Kasturi
melalui jalan Petaling ke Leboh Ampang dan berakhir di jalan Tun Perak
di Dataran Merdeka.
Seramai 2000 penyokong tidak henti-henti melaungkan "Undur Najib
Undur Rosmah, Bebas Anwar Hancur GST, Guling BN dan Reformasi" bergema
sepanjang laluan.
No comments:
Post a Comment