MALAYSIA DATELINE
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan
membenarkan ceramah membabitkan pendakwa perbandingan agama Dr Zakir
Naik di negara ini diteruskN berdasarkan ketenteraman awam dan
sensitiviti masyarakat berbilang agama.
Menerusi twitternya pagi ini Khalid berkata:"@PDRM memutuskan untuk
tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan
sensitiviti agama di Malaysia," katanya dalam laman sosial hari ini.
Ceramah Dr Zakir dengan tajuk "Similarities Between Hinduism and
Islam" dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti
Teknologi Malaysia.
Kehadiran Dr Zakir di Malaysia telah menimbulkan komflik antaranya membabitkan Hindraf dan Pemuda MIC.
Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk
mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.
Manakala Ketua
Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan
mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini.
Dr Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation diajdualkan
memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu, atas jemputan kerajaan
negeri.
Beliau dijadual akan berceramah di Stadium Hoki di Bukit Jalil pada 16 April dalam satu forum bertajuk "Is the Quran Gods Word."
Sebelum ini Dr Zakir pernah datang ke Malaysia pada 2012 turut mendapat bantahan sama dikalangan masyarakat Hindu negara ini.
Dr Zakir, adalah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013,
telah dilaporkan menimbulkan kemarahan masyarakat Hindu dengan menghina
dewa-dewa mereka bersama-sama dengan amalan tidak memakan daging
dikalangan pengamal "vegetarian".
Beliau juga dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Kanada dan United
Kingdom pada tahun 2012 selepas menyatakan sokongannya terhadap kumpulan
pengganas Al-Qaeda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan