KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengilang,
pengimport, pembekal dan penjual supaya hanya memasarkan alat pengecas
tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon
bimbit dengan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
Suruhanjaya itu dalam kenyataan medianya semalam turut mengingatkan
pengguna bahawa pengecas tidak tulen tidak terjamin keselamatannya.
Pengguna juga disaran merujuk prosedur keselamatan yang dinyatakan
manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak
menggunakan telefon bimbit semasa dicas.
Ahad lalu, seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, ketika
menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak
tulen, ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik
pengecas tersebut.
No comments:
Post a Comment