Monday, April 25, 2016

PAS yakin menang dua kerusi walaupun berdepan dengan PH, kata Zuhdi

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS yakin mampu meraih kerusi sulung dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak biarpun terpaksa berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di 11 kerusi yang ditandingi oleh parti Islam itu.
 
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, PAS yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi walaupun terpaksa 'berebut' dengan 'rakan' politiknya suatu ketika dahulu iaitu PKR dan DAP.
 
"Setakat ini kita ada beberapa kerusi (yang boleh menang). Disebabkan berlaku pertandingan 3 penjuru, ia bergantung kepada strategi disaat penamaan calon. Sekarang kita sudah mula gerak kerja, kalau strategi kita sesuai rakyat Sarawak melihat kita boleh disandarkan harapan, kita yakin kita boleh menang kerusi sekurang beberapa kerusi yang kita boleh menang," katanya kepada Antarapos.
 
Difahamkan PAS akan bertembung dengan PAN di lima kerusi antaranya Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
 
Sementara PAS-PKR di Pantai Damai, Kakus, Jepak dan Lambir manakala DAP di dua kerusi iaitu di Samalaju dan Pujut.
 
Tambah Zuhdi, walaupun terpaksa bersaing dengan seteru PAS, ia dijangka memberi kelebihan kepada pembangkang untuk mengalahkan BN.
 
"Bila berlaku tiga penjuru, strategi lokal lebih penting sebab tiga penjuru ini kita kena sedar mentaliti bahawa sistem dua parti ini sahaja yang boleh menumbangkan BN ataupun sistem dua parti ini sahaja yang sesuai. Jadi dalam konteks ini bila berlaku pertembungan tiga penjuru peluang itu lebih terbuka, katanya.
 
Ujar Zuhdi, PAS telah mengisytiharkan kerusi yang bakal ditandingi mereka sebelum PH mengadakan perbincangan pembahangian kerusi di PRN Sarawak.
 
Malah, tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini yang menganggap PAS kurang mendapat sambutan di Sarawak dan tidak akan mendapat tempat di negeri berkenaan turut meyumbangkan kepada tindakan PAS untuk bertanding di 11 kerusi berkenaan.
 
Azizah yang merupakan Ketua Pembangkang berkata, PAS dilihat kurang mendapat sambutan di negeri berkenaan dan tidak sama seperti yang diperoleh di Semenanjung.
 
Ujar Zuhdi,  PAS terlebih dahulu mengumumkan senarai DUN yang mahu ditandingi dan tidak timbul isu parti Islam itu tidak mendapat sambutan di negeri bumi kenyalang berkenaan.
 
"Dalam konteks Sarawak ini PKR dah nyatakan lebih awal lagi bahawa PKR tidak ada perundingan dengan PAS, itu disebut lebih awal sewaktu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sendiri menyatakan PKR tidak ada perundingan dengan PAS dalam PRN Sarawak. 
 
"Bahkan dia (Wan Azizah) kata PAS tidak sepatutnya masuk (bertanding) itu yang dia kata.
 
"Kita (PAS) bertanding atas kapasiti kita sendiri," jelas Zuhdi.
 
 

No comments: