Khamis, 7 April 2016

PAC letak kelemahan 1MDB di bahu bekas CEO

MALAYSIAKINI




Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan tertentu oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

“Secara khusus, PAC berpendapat bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu mengambil tanggungjawab untuk kelemahan dan kekangan-kekangan tersebut.

“Oleh itu, pihak agensi penguat kuasa diminta untuk membuat siasatan ke atas Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan lain-lain pengurusan yang berkaitan," menurut laporan PAC berkaitan 1MDB.

Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
Lembaga penasihat perlu dimansuh 

Dalam laporan lebih 100 halaman itu, PAC juga membuat rumusan seperti berikut:
  • 1MDB perlu mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik.
  • Penggunaan hutang berlebihan dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliram tunai syarikat tidak mencukupi.
  • Lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham serta tidak mengambil tindakan sewajarnya atau proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.
  • Kawal selia yang lebih rapi diperlukan oleh lembaga pengarah, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.
  • Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 di dalam memorandum dan artikel syarikat. Segala rujukan kepada perdana menteri perlu ditukar kepada menteri kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.
  • Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB (TRX, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, tanah Pulau Indah) harus diserahk kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

Tiada ulasan: