Safiey berharap agar kisah hidupya itu dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat.
PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook mendapat perhatian netizen selepas pendedahan mengenai dirinya menjadi viral di alam maya.
Safiey Ilias, 22, yang kini sedang menjalani proses mengubah dirinya daripada seorang `mak nyah’ untuk kembali menjadi lelaki sejati berkongsi pengalamannya itu di laman sosial.
Tidak malu untuk menceritakan tentang dirinya Safiey atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias berharap agar kisah hidupnya itu dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat.
“Alhamdulillah atas dugaan , hinaan , makian hari ini. Tidak ada tidak lain , saya cuma nak Allah tinggikan darjat saya . Ramai juga yg PM bagi kata smgt supaya saya tenang. Mungkin ramai yg masih tak tahu mengenai jihad nafsu saya. Yg pernah jumpa saya depan2 akan tahu saya mcm mana,” tulisnya di Facebook.
Menerusi perkongsiannya itu Safiey turut menceritakan bagaimana dia lebih mengejar duniawi dalam kehidupannya berbanding mencari sesuatu yang boleh dibawa ke akhirat.
“Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia, maka ada dunia di dalam hati kamu Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat maka ada Allah SWT di hati kamu. Tak salah bekerja memakmurkan dunia, nabi tak pernah larang,” katanya lagi.
Bagaimanapun, ada pengguna Facebook yang menuduhnya dengan memberikan komen bahawa dia sengaja mahu mendapatkan publisiti untuk tujuan perniagaan.
Dalam pada itu, Safiey turut berharap agar orang ramai tidak menggunakan agama untuk mencerca golongan transgender atau `mak nyah’ sebaliknya, mereka perlu membimbing golongan itu dan mendoakan agar mereka berubah.
Melalui perkongsian di Facebook juga, dia memaklumkan baharu sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membolehkan dirinya kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki.
No comments:
Post a Comment