Berita kematian Muhammad Ayyub yang juga pengajar Ilmu Tafsir di Universiti Madinah disahkan menerusi akaun Twitter allahyarham yang dikendalikan oleh anak lelakinya, @DR_MAyoub yang menulis,
“Kita adalah
milik Allah, kepadaNya kita kembali. Ya Allah, lindungi kami dari
musibah dan gantikan untuk kami sesuatu yang lebih baik dari musibah
ini. Telah wafat bapa saya, Sheikh Mohammed Ayub.”
Jenazah allahyarham disolatkan selepas Zuhur hari ini di Masjid Nabawi
sebelum dimakamkan di perkuburan Baqi Al Gharqad Madinah.
Muhammad Ayyub dilahirkan di Makkah pada 1953.
Setelah menamatkan persekolahan allahyarham berhijrah ke Madinah untuk
menyambung pengajian sehingga bergelar Sarjana Syariah seterusnya Doktor
(Tafsir) di Universiti Madinah.
Pada masa sama allahyarham turut menuntut ilmu dengan ulama-ulama
besar. Pada usia 36 tahun allahyarham dilantik menjadi imam Masjid
Nabawi pada 1989 hingga tahun 1997.
Kepakaran allahyarham dalam bidang agama dan tafsir membuatkan dirinya
diterima baik di Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Iran.
Sejumlah ulama, termasuk beberapa imam Masjidil Haram dan imam Masjid Nabawi merupakan anak muridnya.
Anak lelaki Muhammad Aiyub memberitahu dalam satu wawancara,
allahyarham bapanya teringin menjadi imam Masjid Nabawi semula sebelum
ajal menjemput dan dengan takdir Allah Taala doa itu terkabul apabila
allahyarham kembali diangkat menjadi imam Masjid Nabawi pada 2015.
Selain di Masjid Nabawi allahyarham pernah pernah menjadi imam di
Masjid Quba, serta dua lagi masjid yang terletak di luar Madinah iaitu
Masjid Alnnabiah dan Masjid Husseini Abdullah di Amman, yang merupakan
tempat ibadah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kefasihan Muhamad Ayyub membaca Al-Quran juga membuatkan bacaannya dikongsikan dan dinikmati umat Islam di setiap ceruk dunia.
No comments:
Post a Comment