WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST
dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar.
"PM harussedar popilaritinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan
skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini
menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST
segera," kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.
Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.
Ditanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata
acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat
terhadap GSt.
Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.
"Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar
Jamaluddin berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi
bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping,
Lumut,
Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal
pagi tadi di ibukota.
Nizar menyakini himpunan hari ini melebihi sasaran Pakatan Harapan iaitu 10,000 penyokong.
"Ini mesej kepada Najib untuk beliau pertimbangkan GST kerana ia membebankan 30 juta rakyat negara ini
"Jika Najib tidak mengambil serius desakan rakyak, BN pasti akan kecundang pada PRU14 kelak," ujarnya.
Nizar juga berpuashati dengan kerjasama DBKL dan PDRM kerana menjaga
keselamatan dan memberi laluan kepada semua penyokong untuk melakukan
demontrasi tolak GST hari ini.
Mereka berarak di tengah-tengah cuaca panas panas di ibu kota ekoran fenomena El Nino.
No comments:
Post a Comment