MOHON izin dan minta maaf nak tulis mudah saja
kali ini. Nak tulis berkenaan banyaknya “kebetulan” dalam cerita 1MDB dan
“derma” AS$681 juta kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.
1. Bulan Ramadhan tahun lepas, kita dengar
cerita derma itu kononnya dari orang Arab. Mula seorang Arab. Kemudian lebih
daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja
Arab Saudi yang mangkat.
Derma Arab: Apandi bersihkan Mohd Najib |
3. Tapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.
4. Pada 15 April, Al-Jubeir tukar
cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa
balasan.
5. Kemudian pada 19 April, Wall
Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu
adalah “American pies” – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi
bulat.
7. WSJ kata, pengirim pie
Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho
Low.
Serigala Wall Street: Riza, Joey McFarland dan Jho Low |
9. Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang “PM” tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.
10. Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?
Pie Amerika ini intinya AS$681 juta |
12. Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.
13. Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment