MALAYSIA DATELINE
BERSIH 2.0 menyelar tindakan pihak Polis yang terus melakukan
intimidasi terhadap aktivis masyarakat sivil dan blogger yang
mempromosikan petisyen Deklarasi Rakyat.
Hari ini, pemula petisyen Deklarasi Rakyat di laman Change.org Azrul
Khalib disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948, kata Jawatankuasa
Pemandu Bersih 2.0.
Difahamkan juga, tujuh individu lain juga bakal disiasat termasuk wakil media, kata kenyataan itu.
"BERSIH menyeru pihak polis untuk menumpukan perhatian ke atas
penambahbaikan institusi kepolisan dan bukannya membazirkan masa dan
mencampuri hal berkait politik," katanya.
Bagi mereka, pihak polis sepatutnya menumpukan perhatian ke atas
siasatan skandal global rasuah terbesar di dalam sejarah Malaysia, iaitu
#1MDB.
"BERSIH sekali lagi menyeru agar reformasi institusi harus dilakukan
serta-merta agar segala penyalahgunaan kuasa dapat dihentikan.
"Intimidasi sebegini tidak akan berjaya menghentikan kuasa rakyat dan
pengkritik-pengkritik terhadap rasuah," kata kenyataan itu.
Semalam, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata, beberapa wartawan termasuk dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang kini telah ditutup mungkin disiasat polis ekoran laporan mereka mengenai Deklarasi Rakyat.
Menurutnya, sehingga kini lapan aktivis dan wartawan dijangka akan dipanggil polis untuk disiasat.
"Saya diberitahu, tujuh atau lapan nama dalam senarai untuk dipanggil
itu," kata Ambiga kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam di luar
balai polis Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment