IPOH: Sebuah bas merempuh 12 kenderaan yang sedang berhenti di lampu
isyarat Jalan Tambun-Sunway, berdekatan pasar besar Giant, di Tambun
dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian
pada 7.36 pagi itu, bas yang membawa 35 penumpang itu sedang dalam
perjalanan dari Tanjung Rambutan menghala ke Ipoh.
"Apabila sampai di lampu isyarat berkenaan, pemandu bas dipercayai
gagal mengawal kenderaan lalu melanggar 12 kenderaan di hadapan yang
berhenti kerana lampu isyarat merah.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam sebuah kenyataan di sini.
Menurut Chang Keong, sehingga pukul 4 petang tadi pemandu serta 11 lagi
pemilik kenderaan terbabit telah membuat laporan polis dan tiada
tangkapan dibuat setakat ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment