Khamis, 7 April 2016

Apa Wayang Yang PAS Main Dalam PRN Sarawak?

KELAB GREENBOC


Letak calon bukan Islam tidak bantu Pas
 

KUALA LUMPUR - Tindakan Pas yang buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak hakikatnya tidak akan membantu parti itu untuk meraih sokongan pengundi, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata selain cenderung untuk menolak Pas disebabkan agenda hukum hudud yang diperjuangkan parti itu, pengundi di Sarawak lazimnya mengundi parti yang mewakili kaum masing-masing.


"Strategi Pas meletakkan calon bukan Islam tidak akan mengubah pola pengundian masyarakat Sarawak kerana pengundi tidak melihat kepada calon, tetapi parti yang diwakili oleh calon terlibat."

"Ini kerana isu yang dibawa oleh mereka adalah bersifat nasional seperti 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan hudud, sedangkan rakyat negeri itu lebih bertumpu kepada isu tempatan seperti pembangunan, kemudahan infrastruktur, pendidikan, peluang pekerjaan dan tanah adat," katanya kepada Bernama.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang, 59, sebagai calon Dun Kakus.

Clement adalah antara 11 calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya negeri, yang mempunyai 82 kerusi kali ini. Calon-calon Pas lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda Pas Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi Dun baharu).

Satu-satunya calon wanita Pas adalah Hamidah Mokthar, 26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah Pas Sarawak akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro.

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata strategi 'tidak menjadi' Pas itu juga secara langsung mencalar dan mengenepikan imej parti Islam yang diperjuangkan selama ini, semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

"Sebenarnya Pas cuba untuk mencapai kemenangan dengan apa jua cara... Tanpa menghiraukan hakikat bahawa Pas adalah sebuah parti Islam. Strategi ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti itu yang sebelum ini tidak pernah meletakkan calon bukan Islam,"
katanya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -Bernama

ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan seorang sahabat di kumpulan WA. Cuba baca:



Ya, GB ulangi: apa wayang yang PAS mainkan sekarang?

Kedua, dahulu Presiden PAS sendirilah yang menyatakan "Mereka yang tidak berpendidikan peluk Kristian.


Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Ketiga, di dalam satu video yang viral di media sosial, sempat pula dia menuduh AMANAH sebagai "khadam DAP".

Apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu sebenarnya hanya melahirkan jiwanya yang kacau dan hatinya yang berpenyakit. Menuduh yang bukan-bukan, melabel secara membabi buta kerana sebenarnya beliau cuba menutup rasa cemburu dan irihatinya dengan perkembangan AMANAH yang kini walaupun hanya baru beberapa bulan ditubuhkan sudah mampu menyaingi partinya di seluruh negara.

Rakyat Sarawak berpusu-pusu mengisi borang AMANAH

GB perturunkan jawapan yang menarik dari Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengenai kenyataan Presiden PAS itu:

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim

Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang,"
katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) di pihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan 'dedak' rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah 'khadam DAP'.


Tiada ulasan: