ABD SHUKUR HARUN
Parti
Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang
ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20
kerusi Dun dan tujuh parlimen.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu,
mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk
menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua
pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan,
apabila pakatan itu membuat keputusan.
“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan
dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat
mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline
baru-baru ini.
Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi
PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana.
Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor,
katanya.
Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.
Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.
Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau
memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan
dimenangani oleh Pas.
Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi
penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22
kawasan Parlimen.
“Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua
menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat
mengalakkan.
Nasihatnya, "perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam."
Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.
Kata Izham, Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.
Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan
Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah
persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya.
No comments:
Post a Comment