Thursday, February 25, 2016

Semua parti politik perlu bersatu tolak Najib

 
Soal perbezaan kepartian sudah tidak penting lagi memandangkan isu Najib akan memberikan kesan secara langsung kepada rakyat dan negara.


najib-mahathir


PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, soal kepartian dalam negara sudah tidak penting lagi memandangkan isu Najib akan memberikan kesan secara langsung kepada rakyat dan negara.

“Saya rasa sudah tiba masanya parti sudah tidak penting lagi. Ini memberikan kesan kepada negara.

“Kita seharusnya prihatin terhadap apa yang berlaku kepada negara,” katanya dalam sidang media selepas selesai disoal siasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Jelas Dr Mahathir, isu beliau menolak kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah perkara baharu kerana beliau telah melakukan segala-galanya untuk menjatuhkan Najib.

“Saya dah bagi surat yang saya dah tak sokong dia, kemudian saya beritahu secara terbuka,” ujar beliau lagi.


No comments: