Saturday, February 27, 2016

MH2 patah balik kerana isu teknikal

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH2 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke London, lewat malam tadi, dilaporkan mengalami masalah teknikal. 
 
Sehubungan itu, pesawat jenis A380-800 itu berpatah balik ke KLIA demi keselamatan penumpang. 
 
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan Malaysia Airlines, hari ini. 
 
"MH2 yang berlepas dari KLIA pada jam 11.30 malam semalam sepatutnya tiba di London jam 5.35 pagi ini waktu tempatan. 
 
"Bagaimanapun, selepas beberapa minit berada di udara, juruterbang MH2 membuat keputusan untuk berpatah balik demi keselamatan penumpang kerana pesawat mengalami masalah teknikal," katanya. 
 
Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines meminda jadual penerbangan ke London menggunakan pesawat lain bagi mengelak kesulitan penumpang. 
 
Selain memohon maaf terhadap kelewatan penerbangan itu, Malaysia Airlines turut memberi jaminan punca masalah teknikal berkenaan akan disiasat.
 
 

No comments: