Friday, February 26, 2016

Portal Rakyat Post 'gulung tikar', henti operasi Isnin ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Portal berita, The Rakyat Post (TRP) dijangka akan menghentikan operasi Isnin ini ekoran masalah ‘aliran tunai’.
 
Menurut sumber dalaman portal tersebut yang dihubungi SuaraTV, disebabkan kemerosotan pendapatan melalui iklan, penaung portal tersebut ‘melarikan diri’ kerana gagal meraih keuntungan seperti yang diharapkan.
 
“Saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan ‘funder’ kami (pemilik portal) sudah tidak mampu untuk meneruskan operasi, manakala iklan yang diterima juga agak kecil ditambah dengan perbelanjaan bulanan yang agak tinggi,
 
“Kami juga dimaklumkan sebarang keputusan mengenainya hanya akan diketahui Isnin ini dan sekiranya ia masih gagal untuk diselesaikan operasi akan dihentikan.
 
“Ada di kalangan kakitangan yang telah meletakkan jawatan untuk mencuba nasib di tempat baru dan hingga kini gaji kami telah tertunggak hampir dua bulan,” katanya sebentar tadi yang meminta agar identitinya dirahsiakan.
 
“Selain berdoa kami mengharapkan agar masalah ini mampu diselesaikan dengan cara baik,” katanya ringkas dengan nada sedih.
 
SuaraTV bagaimanapun gagal untuk menghubungi Ketua Editor TRP untuk mendapatkan pengesahan pengesahan mengenainya.
 
Portal dalam tiga bahasa itu, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-13, menyediakan berita gaya tabloid. 


No comments: