MSO
Muhyiddin Yassin cuba mencari justifikasi kenapa jawatannya
sebagai timbalan presiden Umno digantung? Apakah beliau masih memperkaui
bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang berpegang kepada prinsip
demokrasi dan ia masih menjadi sebuah badan siasah yang ada wibawa?
Begitulah, jika ditafsir nada kekecewaannya atas apa yang berlaku.
Muhyiddin mengungkit dan mempersoalkan tindakan ke atasnya dibuat bukan
berlandaskan fakta yang konkrit sebaliknya lebih kepada kepentingan
untuk menjaga kuasa sang presiden.
Muhyiddin menghuraikan jawatannya digantung kerana mengkritik presiden
parti demi kebaikan dan masa depan parti. Jadi apabila ia berlaku begitu
menunjukkan dalam Umno tidak lagi meletakkan kepentingan parti yang
disuarakan ahlinya, tetapi lebih mengutamakan kepada ketua.
Memang ini satu kegangjilan dan kesongsangan dalam Umno. Satu
kedukacitaan yang sangat berat kerana Umno adalah parti unggul. Namun ia
tidak perlu dikesali oleh Muhyiddin. Apa yang beliau terima itu adalah
kesenimbungan kepada apa yang berlaku sebelum ini.
Muhyiddin seperti mengalpai apa yang berlaku sebelum ini, bahawa banyak
sejarah baharu berlaku dalam parti nasionalis itu. Setiap dekad ada
sejarah baharu yang dicatat oleh parti itu. Tahun 1987, Umno
diistyharkan sebagai parti haram oleh mahkamah. Tahun itu juga wujud
Umno baharu. Itu juga sejarah.
Tahun 1998, timbalan perdana menteri, bernama Anwar Ibrahim dipecat.
Proses pemecatan Anwar berbeza sedikit dengan proses pemecatan
Muhyiddin. Tetapi natijah dan motifnya sama, kerana TPM mengkritik
perdana menteri.
Anwar dipecata kerana beliau menyuara kesangsian dan menentang
penyelewengan Dr Mahathir Mohamad. Apa yang Anwar lakukan itu bukan
untuk dirinya tetapi demi masa depan dan integriti Umno. Samalah dengan
apa yang dilakukan Muhyiddin itu. Beliau menegur dan mempersoalkan salah
lakukan Najib Razak berhubung 1MDB dan juga dana RM2.6 billion. Teguran
itu bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Umno.
Bagai mana Dr Mahathir tidak sedia dan marah dengan teguran Anwar begitu
jugalah Najib, marah dan terkilan dengan teguran Muhyiddin. Apa lebih
malang lagi ada orang yang menjadi penggaru gatal perdana menteri akan
bertindak menjadi pembela. Mereka akan mempertahankan perdana menteri,
dengan menadah belakangnya. Menjadi keldai.
Akhirnya teguran dan niat baik itu tidak ke mana, sebaliknya memakan
diri orang yang menegur. Anwar dipecat kemudian dihina, nah begitu juga
yang akan dialami Muhyiddin.
Tragedi dan sejarah yang berlaku dalam Umno itu menujukkan itulah
sebenarnya rupa dan bau Umno yang perlu diselidiki oleh orang ramai.
Sebuah parti yang dianggap sebagai ulung, berprestaj yang menjadi
tunggak pemerintanan negara ini, tetapi tatakelola para pemimpinnya
rakus dan mementingkan diri sendiri.
Jadi kepada Muhyiddin tidak guna beliau menyesali atau mempersoalkan
tindakan Najib ke atasnya. Tindakan rakus yang bersifat kepentingan diri
serta melindungi kebusukan itu bukan akan berhenti setakat itu sahaja,
selepas ini ia akan berulang dan berulang lagi. Semisalnya Zahid Hamidi
menjadi perdana menteri dan ada pemimpin lain menegurnya atas nawaitu
sama, beliau akan mengambil tindakan yang sama.
Bahkan melihat kepada karektor Zahid ini mungkin tindakan lebih rakus
dan kejam dari apa yang dilakukan Mahathir dan Muhyiddin.
Pendeknya apa dilakukan presiden parti itu akan menjadi precedent dan
ikut kemudiannya. Mereka tidak akan peduli apakah tindakan mereka salah,
bertentangan dengan perlembagaan dan sebagainya, yang penting sang
ketua tetap kekal dengan kekuasaanya dan terus menikmati juadah yang
terhidang dari dapur bernama kuasa dan jawatan tertinggi itu.
Makanya Umno bukan sebuah parti politik yang profesional jauh sekali
berlaku adil, terbuka dan concern kepada kehendak hatu budi ahlinya.
Kalau Muhyiddin atau sesiapa mengharapkan itu daripada Umno ia umpama
mengharap sisik dari keli yang tidak akan diperolehi sampai bila-bila
pun.
No comments:
Post a Comment