shahbudindotcom
Pada
2006, Tun Mahathir Mohamad "dikerjakan" oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO
Bahagian Kedah ketika bertanding sebagai salah seorang perwakilan UMNO
Kubang Pasu dan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kecundang
akhirnya.
Dalam beberapa pengakuannya, Tun Mahathir berkata, kekalahannya hanya disebabkan "cash is king" sebanyak RM200 sahaja.
Mereka
yang berjaya memalukan Tun Mahathir begitu gembira dalam tempoh
beberapa lama, tetapi dalam pilihanraya 2008 kemudiannya, UMNO dan BN
negeri itu tumbang di tangan pembangkang.
Hari
ini di tahun 2016, majoritinya masih Ketua-Ketua UMNO yang sama yang
menyebabkan peristiwa 2006 dan seterusnya yang menyebabkan UMNO dan BN
kalah pada 2008 itu, bertindak sekali lagi dengan menyingkirkan Mukhriz
Mahathir pula daripada kerusi Menteri Besar Kedah.
Orang yang sama dan tindakan yang dilakukan juga hampir sama.
No comments:
Post a Comment