Sunday, February 7, 2016

Rafizi lancar petisyen siasat PM, mohon Agong campurtangan

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini melancarkan petisyen bagi memohon Yang diPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan serta membuka semula kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Naib Presiden PKR itu juga meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (MLA) dengan negara-negara yang sedang menyiasat isu 1MDB termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan medianya, Rafizi meminta rakyat Malaysia untuk menyukai laman Facebook '1 juta desak buka kembali siasatan terhadap Najib Razak' dan menandatangi petisyen maya.
"Setelah mendapat jumlah tandatangan yang memadai, saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan akan menulis untuk merafak sembah mengadap Duli Yang Mulia Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai perkara ini.
"Saya yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini ditutup apabila peguam negara menutup kes. Dengan desakan rakyat, saya yakin Datuk Seri Najib boleh dihadapkan ke mahkamah," kata Rafizi.

No comments: