BERNAMA
Sementara itu, Ling
berkata Dr Ling telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan
saman Najib pada 15 Februari lepas. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, yang disaman atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
Peguam M. Reza Hassan, yang mewakili
Perdana Menteri, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas
pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John
Louis O’hara.
Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri
Gregory Ling yang mewakili Dr Ling, yang dinamakan sebagai defendan
dalam kes saman itu.
M. Reza ketika ditemui pemberita berkata permohonan itu difailkan Najib pada 21 Januari lepas.
Sementara itu, Ling berkata Dr Ling telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan saman Najib pada 15 Februari lepas.
“Defendan memohon saman Najib
dibatalkan atas alasan tuntutan Najib merupakan suatu penyalahgunaan
proses mahkamah dan tiada sebab munasabah untuk tindakan,” kata peguam
itu.
Beliau berkata permohonan untuk membatalkan saman itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada 16 Februari lepas.
Ling berkata permohonan Dr Ling untuk
membatalkan saman Najib diikrarkan dalam afidavit bertarikh 15 Februari
lepas dan disokong oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya cadangan Hakim O’hara supaya kes
berkenaan diselesaikan melalui mediasi masih dalam perbincangan, dan
mahkamah menetapkan 31 Mac ini untuk pengurusan kes.
Pada 27 Oktober tahun lepas, Najib
menyaman Dr Ling dan antara lain memohon perintah supaya bekas menteri
pengangkutan itu menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau
majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan
ditentukan olehnya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib juga
memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Ling atau melalui
kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan
apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah
yang serupa terhadapnya.
Selaku plaintif, beliau juga memohon
ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan,
kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Najib berkata Dr Ling telah secara palsu
dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya
semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang
disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3
Oktpber tahun lepas.
Perdana Menteri mendakwa defendan telah
menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan niat jahat supaya
beliau berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian dan
perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas
dan tanpa apa-apa asas atau bukti.
No comments:
Post a Comment