Kurang seminggu selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini dilihat mula menyasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1MDB.
Dalam
satu kenyataan media hari ini, Mukhriz membangkitkan titah Majlis
Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 7 Oktober tahun lalu, yang
menyatakan kebimbangan mengenai dana pelaburan negara itu.
"Setelah empat bulan berlalu adakah kerajaan persekutuan
pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan
harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan.
"Lebih-lebih lagi apabila kerajaan persekutuan, khususnya perdana menteri telah tidak diyakini Rakyat?,"
"Wajarkah titah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?,"
soalnya.
Justeru itu, beliau memohon Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat 17 dan 18 Februari ini mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membentangkan laporan 1MDB secepat mungkin.
"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin," ujarnya.

Ada fakta disembunyikan Najib?
Katanya, soalan bermain di fikiran rakyat, termasuk Majlis Raja-raja
adalah apakah yang terjadi kepada berbilion wang yang dipinjam daripada
cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas kelulusan pengerusi
panel penasihatnya iaitu perdana menteri sendiri.
"Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa
dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan
dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.
"Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya
berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan
buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba
mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka
mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang
hendak disembunyikan oleh Datuk Seri Najib," katanya.
Tambahnya, tahap keyakinan rakyat terhadap kewibawaan dan
integriti kerajaan yang diterajui Najib semakin terhakis apabila
beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan
mereka ke atas beberapa transaksi mencurigakan melibatkan 1MDB.
"Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat
Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang
membabitkan 1MDB," katanya.
No comments:
Post a Comment