HAZAWANI ARIFFIN
Sambutan Tahun Baru Cina
pada tahun ini turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan harga
barang berikutan kejatuhan mata wang negara. - Foto TRP/Wan Kah Hoong
SUNGAI BULOH, Setiap kali menjelang musim perayaan, pasti kedengaran rungutan orang ramai terhadap harga barangan yang meningkat.
Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini
turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan harga barang berikutan
kejatuhan mata wang negara.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati kebanyakan pengguna mengeluh mengenai harga barangan melonjak naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bagi Leng Ket Harn, 34, berkata ekoran
keadaan ekonomi yang dilihat tenat, beliau sekeluarga terpaksa membuat
perancangan yang teliti dalam melakukan persiapan bagi mengelakkan
berlakunya lebihan apabila berbelanja.
“Tahun ini kami sekeluarga terpaksa
merancang perbelanjaan kerana kebanyakkan harga barangan sudah naik
terutama makanan. Mesti mahu jimat tahun ini.
“Selalunya
tahun-tahun lalu kami banyak membeli makanan seperti biskut dan kacang
untuk meraikan tetamu pada hari raya, tapi tahun ini kami terpaksa
membeli apa yang perlu sahaja,” katanya.
Walaupun tradisi masyarakat Cina sinonim
dengan kehadiran Pokok Limau, Bunga Kekwa dan ‘Lucky Bamboo’ pada setiap
kali Tahun Baru Cina, tetapi bagi Tan Lay Chien, 43, beliau memilih
untuk berbelanja secara sederhana sahaja.
“Barang banyak naik tahun ini, jadi kami
tidak mahu berbelanja sesuka hati. Rumah saya pun tidak ada pokok limau
tahun ini, cukuplah dengan ‘ong’ bunga kekwa kuning.
“Tahun ini tahun monyet jadi saya harap
keadaan ekonomi dan kestabilan politik akan menjadi pulih dan lebih
aktif seperti monyet,” jelasnya sambil berseloroh.
Seorang lagi pengguna yang dikenali
sebagai Andy Lim, 35, mengakui bahawa beliau kecewa dengan tawaran
barangan dipasaran yang dianggap kurang pilihan dan tiada kepelbagaian
seperti tahun-tahun terdahulu.
“Tahun lalu saya sekeluarga selalu makan
makanan laut pada Tahun Baru Cina, tetapi tahun ini harga makanan laut
naik sekali ganda. Tak mampu nak berbelanja lebih dengan nilai mata wang
sekarang.
“Kalau tengok dari segi pilihan pula,
tahun ini saya sedikit kecewa kerana apabila pergi ke pasar tidak ada
banyak pilihan makanan yang boleh dibeli. Mungkin peniaga tidak banyak
ambil stok, saya pun tidak tahu lah,” katanya yang juga seorang pekerja
swasta.
No comments:
Post a Comment